Sambutan luar biasa menu RM5 di Malakat Mall

0
379
Promosi Lunch Padu RM5 yang ditawarkan pada setiap Isnin hingga Jumaat (sehingga hujung tahun ini).

SUSAH nak percaya. Dengan hanya membayar RM5, anda boleh menikmati set hidangan makan tengahari yang lengkap di tengah-tengah kawasan komersial Cyberjaya, Selangor.

Itulah harga tidak masuk akal yang ditawarkan Malakat Mall kepada pengunjung pusat beli-belah itu sempena promosi Lunch Padu yang berlangsung di Malakat Food Street bermula hari ini.

Dengan hanya membayar RM5, pelanggan boleh memilih salah satu daripada dua jenis hidangan makan tengahari iaitu nasi campur atau nasi kandar, lengkap dengan minuman (boleh refill).

Set Lunch Padu yang ditawarkan Restoran The Tarik Corner ini disediakan pada setiap Isnin hingga Jumaat dari pukul 11.30 pagi hingga 3 petang sehingga hujung tahun ini.

Malakat Food Street - Tawar Harga Luar Biasa

Aziz Juhari

Ketua Pegawai Operasi Makanan dan Minuman (F&B) Malakat Mall, Aziz Juhari berkata, promosi Lunch Padu merupakan sebahagian dari kemeriahan di Malakat Food Steet yang merupakan hub makanan utama di Malakat Mall.

Beliau berkata, penganjurannya bertujuan memberi peluang kepada pengunjung terutama warga dari sekitar Cyberjaya, Putrajaya dan Puchong untuk menikmati makanan pada harga terendah.

“Pertamanya, kami ingin meneruskan program ‘sedekah’ kami dengan menawarkan set makan tengahari dan menu-menu makanan jalanan pada harga terendah.

“Semoga usaha ini dapat mengurangkan beban perbelanjaan golongan yang terkesan akibat penularan Covid-19.

“Dengan peluang ini, kami harap orang ramai dan keluarga ada tempat untuk meluangkan masa bersama dan menikmati makanan dalam suasana yang selesa,” katanya.

Beliau turut berkongsi kesyukuran di atas sambutan luar biasa pada hari pertama promosi itu hari ini yang menyaksikan orang ramai tidak putus-putus datang.

“Walaupun penat, kami puas hati,” ujarnya.

Pengunjung disajikan dengan pelbagai pilihan lauk.

Selain itu Aziz berkata, inisiatif itu akan dimanfaatkan untuk membuka peluang kepada lebih ramai usahawan makanan dari luar untuk berniaga di Malakat Food Street.

“Kami mahu tawarkan peniaga dan pengusaha makanan yang selama ini mungkin berniaga secara online untuk sama-sama memeriahkan ‘festival’ makanan di laman selera kami.

“Buat masa ini kami sudah mempunyai kira-kira 680 jenis makanan di semua outlet makanan Malakat Mall. Kami harap dapat tambah lebih banyak,” katanya.

Manakala 70 peratus harga makanan yang dijual di Malakat Food Street berharga bawah RM10.

Sementara itu, orang ramai juga boleh membuat tempahan makanan melalui khidmat penghantaran dengan bayaran RM5 dalam radius 20 kilometer.

Pengunjung, Shafiee Saad, 53, ketika ditemui Malakat Tribune berkata, promosi harga makan tengahari itu tepat pada masanya dan diharap akan diteruskan untuk membantu golongan yang terjejas pendapatan.

“Saya kerap juga datang makan di sini. Hari ini terkejut sebab harga set nasi kandar dengan air yang biasa saya makan dijual RM5 lebih murah.

“Pilihan lauk, sayur dan ulam juga banyak. Memang puas hati. Terima kasih Malakat Mall,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here