Saringan Covid-19 terhadap pekerja asing secara bersasar mulai 1 Disember

0
120


CYBERJAYA – Saringan Covid-19 terhadap pekerja asing akan dijalankan secara berperingkat dan bersasar di Selangor, Negeri Sembilan, Wilayah Persekutuan, Pulau Pinang, Sabah serta Labuan, bermula 1 Disember depan.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, mekanisma pelaksanaan saringan itu termasuk majikan perlu mengatur temujanji dengan fasiliti kesihatan swasta bagi ujian Covid-19 kaedah RTK- Antigen.

“Klinik kesihatan swasta yabg menjalankan ujian perlu mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan Kementerian Kesihatan dengan kos perkhidmatan klinik atau hospital perlu dibayar oleh majikan.

“Akhir sekali, kos kit ujian (RM60) ditanggung PERKESO (Pertubuhan Keselamatan Sosial) untuk ujian pertama kali sahaja,” katanya dalam sidang akhbar hari ini.

Menurut Ismail Sabri, Kementerian Sumber Manusia juga telah mula melaksanakan penguatkuasaan ke atas perumahan serta penempatan pekerja warga asing di bawah Akta Standard Minimum Perumahan dan Kemudahan Pekerja 1990 Akta (Akta 446).


“Semalam beberapa buah kilang di beberapa buah negeri telah dikenakan tindakan kerana tidak mematuhi standard yang ditetapkan di bawah Akta 446,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here