Satu lagi insiden gangguan air nyaris berlaku di Selangor

0
294
Seorang kakitangan LUAS mengambil sampel air tercemar untuk dibau

CYBERJAYA – Tindakan pantas kakitangan Lembaga Urus Air Selangor dan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) mengesan bau di
udara berhampiran kawasan Perumahan Saujana, Rawang, Selangor berjaya menyekat daripada kemungkinan berlakunya sekali lagi gangguan bekalan air di Lembah Klang.

Menurut LUAS dalam satu kenyataan, kejadian itu disedari kira-kira pukul 12 tengah malam tadi semasa pemantauan Ops Sumber Air dilakukan.

“LUAS dan Air Selangor telah membuat pensampelan bau air Sungai Kundang berhampiran taman tersebut dan mengesan bau sebanyak 4 ton.

“LUAS bersama Air Selangor telah membuat siasatan di kawasan Taman Velox dan mendapati kawasan takungan bersebelahan longkang berhampiran Loji Rawatan Kumbahan (LRK) Indah Water Konsortium (IWK) telah melimpah.

“Disyaki bocor berkemungkinan disebabkan hujan lebat di sekitar kawasan berhampiran,” katanya dalam satu hantaran menerusi laman Facebooknya hari ini.

Kakitangan LUAS dan Air Selangor memeriksa kawasan aliran keluar air berhampiran LRK IWK

Mengulas lanjut, katanya, LUAS dan Air Selangor mengambil tindakan pantas dengan meletakkan 14 beg Activated Carbon (AC) di aliran keluar dan di dalam takungan kawasan yang disyaki di kawasan longkang berhampiran LRK IWK.

Berikutan itu, katanya, pihak IWK sedang melaksanakan tindakan pembersihan dan kawalan di kawasan berkenaan.

“Tiada henti tugas loji rawatan air (LRA) dan gangguan bekalan air dilaporkan. Sebarang perkembangan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa,” katanya.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here