‘Saya sedang mendahului’ – Biden

0
105
JOE BIDEN

DELAWARE – Calon Parti Demokrat, Joe Biden belum mengumumkan kemenangannya dalam pilihan raya Presiden Amerika Syarikat (AS) namun beliau muncul di kaca televisyen untuk memberitahu bahawa dia sedang mendahului kiraan undi.

Menurut The Guardian, bekas timbalan presiden itu berkata, berdasarkan kiraan, dia bakal memperoleh majoriti.

“Jumlah undi (saya) sedang bertambah. Kita sedang mendahului Donald Trump dengan 4 juta undi,” kata Biden yang muncul di kaca televisyen tempatan, sebentar tadi.

Biden menjawat jawatan sebagai timbalan presiden sewaktu era Barrack Obama.

Keputusan terkini pilihan raya AS (sumber: The Guardian)

“Dan saya ingin maklumkan, bahawa ketika kita sedang menunggu keputusan akhir, saya tidak hanya menunggu tanpa berbuat apa-apa,” kata Biden yang menambah, bahawa dia dan Senator California, Kamala Harris ada melakukan pertemuan dengan pakar ekonomi dan perubatan bagi menggetahui perkembangan semasa AS yang turut dilanda pandemik Covid-19.

Biden, pada masa yang sama, turut menekankan bahawa isu Covid-19 akan diberi perhatian sekiranya beliau memenangi pilihan raya ini.

“Kita memang tidak dapat menyelamatkan insan yang telah terkorban, tetapi kita boleh (cuba) menyelamatkan nyawa yang lain pada masa akan datang,” kata Biden.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here