SC lantik pengerusi baharu Lembaga Pemantauan Audit

0
116

UALA LUMPUR – Datuk Anantham Kasinather dilantik sebagai Pengerusi Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) bukan eksekutif Lembaga Pemantauan Audit (AOB) berkuat kuasa esok, 1 Disember 2020.

SC dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan, Anantham telah berkhidmat sebagai ahli Lembaga AOB sejak Januari 2020 dan akan menggantikan Datuk Gumuri Hussain yang telah bersara sebagai pengerusi bukan eksekutif AOB pada 23 Nov.

“Anantham mempunyai pengalaman lebih 40 tahun dalam sektor swasta. Beliau juga pernah berkhidmat dalam badan kehakiman dan pernah dilantik sebagai Hakim Mahkamah Tinggi Malaya pada 2009 dan ditugaskan ke Mahkamah Rayuan pada 2010 sebelum bersara daripada perkhidmatan kehakiman pada Mei 2014. 

“Latar belakang dan pengalaman Anantham akan memperkukuhkan lagi keberkesanan peranan pemantauan AOB dan meningkatkan keyakinan terhadap kualiti penyata kewangan yang diaudit di Malaysia,” kata SC.

SC juga melantik Datuk Seri Ahmad Johan Mohammad Raslan sebagai ahli lembaga AOB, berkuat kuasa tarikh yang sama.

Selaku akauntan bertauliah yang pakar dalam bidang jaminan dan nasihat perundangan, Ahmad Johan sebelum ini berkhidmat sebagai Pengerusi Eksekutif PwC Malaysia dan pada masa ini, beliau ialah ahli lembaga Institut Pengarah Korporat Malaysia. 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here