Selepas KL, Putrajaya pula diwarta zon bebas berniaga

0
172
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Selepas penwartaan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebagai Zon Bebas Berniaga kelmarin, warga Putrajaya terutama yang terkesan akibat impak Covid-19 kini menikmati peluang yang sama. 

Kebenaran itu diumumkan Perbadanan Putrajaya (PPj) untuk memberi peluang kepada orang ramai berniaga secara kecil-kecilan demi menampung kos sara hidup.

PPi dalam satu kenyataan berkata, keputusan itu selaras dengan pengumuman Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa mengenai Wilayah Persekutuan Zon Bebas Berniaga.

“PPj dengan ini membuka permohonan kepada penduduk Putrajaya khasnya yang terkesan dengan pandemik Covid-19 untuk memulakan perniagaan kecil-kecilan dengan mengisi Borang Permohonan Penjaja Kecil Sementara 6 Bulan (PKS6B).

“Perniagaan boleh dimulakan bermula 15 Nov ini sebaik sahaja mendapat surat kelulusan PPj bagi tempoh masa enam bulan berkaitan (Nov 2020 hingga April 2021),” kata kenyataan tersebut hari ini.

Permohonan lengkap boleh dihantar kepada Bahagian Komersial, Pembangunan Perniagaan dan Pelesenan, Blok B, Aras 5, Jabatan Perkhidmatan Bandar, Kompleks Perbadanan Putrajaya Persiaran Perdana, Presint 3, 62675, Wilayah Persekutuan Putrajaya atau melalui anita@ppj.gov.my.

Sebarang pertanyaan boleh disalurkan melalui talian 03-8887 7657 / 7265 / 7215 / 7231.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here