Seorang lagi anggota PGA hampir maut ditembak di sempadan Malaysia-Thailand

0
289
Gambar hiasan

BUKIT KAYU HITAM – Satu lagi insiden tembakan yang hampir meragut nyawa seorang anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) berlaku di sempadan Malaysia-Thailand dekat sini, petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6.15 petang itu, anggota daripada Batalion 3 PGA itu sedang melakukan kawalan sempadan di Pos M16 Bukit Kayu Hitam sebelum secara tiba-tiba terkena tembakan

Memetik laporan Harian Metro, anggota terbabit mengalami kecederaan ringan pada perut berikutan peluru yang dipercayai dilepaskan dari arah negara jiran terkena baju kalis pelurunya.

Anggota terbabit sudah dibawa keluar dan kini sedang mendapat rawatan lanjut.

Ketua Polis Kedah, Datuk Hasanuddin Hassan, ketika dihubungi akhbar tersebut mengesahkan kejadian dan siasatan lanjut berhubung kejadian sedang dilakukan pihak berkuasa.

Semalam, seorang anggota PGA, Koperal Baharuddin Ramli, 54, maut manakala rakannya, Koperal Norihan a/l Tari, 39, cedera parah terkena tembakan ketika berbalas tembakan dengan sekumpulan penyeludup kira-kira 600 meter dari pos kawalan TS9 di Padang Besar.

Susulan daripada kejadian itu, pasukan polis mula mengetatkan kawalan di kawasan tersebut bagi mengelakkan kejadian yang sama berlaku lagi.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here