Set menu Luch Padu RM5 diperluas ke empat lokasi baharu

0
389


CYBERJAYA -Jualan set menu Luch Padu RM5 diperluaskan ke empat lokasi baharu selepas mendapat sambutan luar biasa daripada para pelanggan.


Empat lokasi baharu itu ialah di Persiaran Puncak Jalil, Puncak Jalil, Putra Permai dan Equine Park yang mula beroperasi semalam bermula 11 pagi hingga 3 petang.


Sebelum ini, set menu Lunch Padu RM5 anjuran Malakat Mall itu beroperasi di tiga lokasi utama iaitu di Malakat Mall, Taman Putra Perdana dan juga di KL Sentral.


Dengan hanya membayar RM5, pelanggan boleh mendapatkan nasi putih, sayur dan pilihan lauk ayam atau ikan dengan pelbagai masakan seperti masak lemak, masak merah, kari dan cili berempah.

Tawaran harga istimewa dan mampu milik untuk set ‘tapau’ itu merupakan sebahagian daripada usaha Malakat Mall membantu orang ramai yang terkesan dengan pandemik Covid-19.


Ketua Pegawai Operasi Makanan dan Minuman (F&B) Malakat Mall, Aziz Juhari berkata, pihaknya memperluaskan lokasi jualan bagi memenuhi permintaan para pelanggan.


“Kami harap usaha ini dapat membantu mengurangkan beban perbelanjaan orang ramai ketika Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat ini,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here