Siapa Joe Biden?

0
487

JOE Biden, 77, bakal menjadi individu paling tua dilantik memegang jawatan Presiden Amerika Syarikat (AS) yang ke-46, pada tahun hadapan.

Dalam kalangan ahli Dewan Senat, Biden dianggap sebagai antara yang paling berpengalaman, dengan lebih daripada 30 tahun pengalaman dalam dunia politik AS.

Amat rapat dengan bekas Presiden AS, Barrack Obama, yang turut membantu kempen Biden.

Disukai ramai kerana sifat peribadinya, dan dianggap sebagai salah seorang daripada kita (he’s one of us) kerana latarbelakang dirinya yang berasal dari keluarga golongan pertengahan.

Beriku profil diri Biden yang disusun daripada sumber maya.

10 November, 1942 – Dilahirkan di Scranton, Pennsylvania, anak seorang jurujual kereta terpakai.

1968 – Memulakan kerjaya sebagai seorang peguam, turut melakukan kerja sambilan dalam bidang hartanah.

1972 – Memasuki politik, dan bertanding kerusi Senat. Menang.

1973 – Kehilangan isteri dan anak perempuannya dalam satu kemalangan. Kejadian tersebut menyebabkan Biden bercadang berhenti dari dunia politik bagi menjaga dua lagi anaknya yang turut tercedera dalam kemalangan tersebut, namun berjaya dipujuk oleh Ketua Majoriti Senat pada waktu itu, Mike Mansfield.

1987 – Umum cubaan bertanding sebagai calon pilihan raya presiden Parti Demokrat namun menarik diri daripada pertandingan atas alasan ‘kesilapan lampau’.
– Pada masa yang sama, Biden mengalami sakit kepala yang teruk ketika mula berkempen.
– Selepas beliau memutuskan untuk mengundurkan diri daripada bertanding pada 1988, doktor yang merawatnya mengesan penyakit aunerisma otak atau pembesaran pembuluh darah di otak.
– Kembali semula ke gelanggan politik selepas selepas tujuh bulan menjalani rawatan.

2008 – Umum cubaan bertanding sebagai calon pilihan raya presiden Parti Demokrat, namun menarik diri setelah tidak mendapat sokongan. Antara calon yang bertanding pada tahun tersebut adalah Barrack Obama.
– Menyertai kem Obama sebagai calon Timbalan Presiden, dan gandingan ini berjaya menewaskan calon Republikan iaitu John McCain dan Sarah Palin.

2009 – Dilantik sebagai Timbalan Presiden AS

2016 – Menolak bertanding calon pilihan raya presiden Parti Demokrat, kerana masih bersedih dengan kematian anaknya, Beau, pada tahun 2015 akibat barah otak.

2019 – Umum bertanding pilihan raya presiden. Kem Biden menerima Kamala Harris sebagai calon Timbalan Presiden.

Selepas melalui pelbagai liku dalam politik dan kehidupan, pada 7 November 2020 iaitu selepas 4 hari pilihan raya Presiden USA berlangsung, Biden diisytiharkan sebagai Presiden USA ke-46 selepas menewaskan Donald Trump.

Biden memenangi undi tertinggi dalam sejarah pilihan raya Presiden USA, dengan memperoleh 74 juta undi. -MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here