Sidang Dewan Rakyat ditangguhkan, hanya berlangsung setengah hari

0
202

CYBERJAYA – Sidang Dewan Rakyat di Parlimen hari ini hanya berlangsung selama setengah hari apabila sidang ditangguhkan pada pukul 1 tengah hari tadi.

Difahamkan, penangguhan tersebut adalah kerana terdapat kakitangan ahli Dewan tersebut yang disahkan positif Covid-19 dan dilaksanakan sebagai langkah berjaga-jaga.

Usul penangguhan tersebut dikemukakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Datuk Takiyuddin Hassan menurut Peraturan Mesyuarat 12(1), dan disokong oleh Menteri Perumahan dan kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin.

Sementara itu, Senator Ras Adiba Radzi memaklumkan dalam satu kenyataan, salah seorang daripada Pegawai Khas beliau yang juga adiknya, disahkan positif Covid-19 dan kini sedang dirawat di Hospital Sungai Buloh.

“Untuk makluman semua, saya dan seramai 10 orang ahli keluarga sedang menunggu keputusan saringan Covid-19.

Dalam kesempatan ini, saya ingin memhon maaf sekiranya telah menyusahkan mana-mana pihak susulan kejadian yang telah menimpa saya dan keluarga,” tambah Ras Adiba dalam kenyataan tersebut.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here