SOP sedia ada akan diperketatkan lagi – Muhyiddin

0
220
Perdana Menteri mempengerusikan Sidang Khas MKN hari ini

CYBERJAYA – Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, prosedur operasi standard (SOP) sedia ada perlu ditambahbaik dan diperketatkan lagi bagi memutuskan rantaian jangkitan Covid-19.

Perdana Menteri berkata, meskipun tindakan yang diambil sebelum ini sudah berjaya mengawal penularan wabak itu, situasi sekarang memerlukan pendekatan mitigasi atau intervensi yang lebih cepat dan berkesan.

“Saya telah mengarahkan supaya Majlis Keselamatan Negara (MKN) membuat penilaian semula ke atas SOP-SOP bagi aktiviti-aktiviti sosial dan sukan supaya dapat diperketatkan lagi bagi memutuskan rantaian jangkitan Covid-19.

“Kalau boleh, perketatkan SOP-SOP tersebut seolah-olah menghampiri SOP PKP.

“Sehubungan itu MKN akan membuat pembentangan berhubung cadangan memperketatkan SOP dalam Sidang Khas MKN esok,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Perdana Menteri, beliau berharap SOP itu dapat dilaksanakan segera kerana kadar penularan jangkitan pada waktu ini agak membimbangkan.

“Kita dapat lihat lebih banyak daerah-daerah di Negeri Sembilan, Melaka, Perak dan Johor yang sebelum ini adalah zon hijau, telah menjadi kuning dalam tempoh seminggu atau dua minggu.

“Begitu juga dengan daerah-daerah yang telah menjadi merah di negeri-negeri tersebut,” katanya.

Sementara itu, Muhyiddin turut mengumumkan penamatan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) di lapan penjara setelah tiada kes baharu dilaporkan dalam tempoh 14 hari.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here