Sultan Selangor mahu PBT, polis lebih tegas dalam pemantauan

0
252
Sultan Sharafuddin Idris Shah

CYBERJAYA – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah memerintahkan pihak berkuasa tempatan (PBT) dan polis bertindak lebih tegas dalam pemantauan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) berikutan peningkatan kes Covid-19 yang masih meningkat di Selangor.  

Dalam kenyataan yang dikeluarkan Istana Alam Shah, baginda menzahirkan kekecewaan kerana masih terdapat segelintir pihak yang tidak serius, lalai dan ingkar dalam pematuhan arahan PKPB khususnya pengendali premis hiburan dan makanan.

Baginda bertitah, kedegilan masyarakat mematuhi amalan Prosedur Operasi Standard (SOP) akan menyebabkan penularan wabak Covid-19 semakin sukar untuk dibanteras

Sementara itu memetik Sinar Harian, Tuanku dbaginda menzahirkan ucapan tahniah kepada dua petugas Hospital Sungai Buloh (HSB) yang menerima pengiktirafan Anugerah Kesihatan Global (GHA 2020) baru-baru ini.

Dua petugas berkenaan adalah Ketua Jabatan Penyakit Berjangkit, Dr C Suresh Kumar dan Ketua Jabatan Anestesia dan Rawatan Rapi, Dr Shaiful Azman Zakaria.

Baginda berbangga dengan pencapaian cemerlang dicatatkan petugas barisan hadapan di HSB khususnya di Selangor amnya yang telah menunjukkan dedikasi serta komitmen tinggi dalam usaha menghapuskan wabak Covid-19.

Baginda berharap para petugas barisan hadapan terus tabah dan cekal dalam menjalankan tugas masing-masing merawat pesakit Covid-19.

Selangor mencatatkan kes harian baharu tertinggi iaitu sejumlah 225 kes pada 1 November lalu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here