Sungai Selangor tercemar lagi, LRA Rantau dihenti tugas sementara

0
718
Gambar hiasan

CYBERJAYA – Loji Rawatan Air (LRA) Rantau Panjang, SSP 1, 2, dan 3 terpaksa dihenti tugas bermula tengah hari tadi selepas dikesan berlakunya pencemaran air di Sungai Selangor.

Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) dalam satu hantaran menerusi laman Facebook miliknya berkata, pihaknya mengesan pencemaran bau seakan-akan solvent di sungai tersebut.

“Bau telah dikesan sekitar 8 TON di LRA Rantau Panjang.

“Setakat pukul 6 pagi tadi rekod bacaan terakhir masih 0 TON,” katanya hari ini.

Sementara itu, menurut LUAS, pihaknya bersama Air Selangor dan pihak-pihak terlibat sedang menjalankan siasatan dan tindakan-tindakan mitigasi segera.

LUAS berkata, sebarang perkembangan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here