Suspek bunuh rakan sekolah di Terengganu direman 7 hari

0
455
Suspek yang berpakaian baju lokap berwarna ungu dibawa ke mahkamah kira-kira pukul 10pagi. Gambar media sosial

MARANG – Suspek kes bunuh seorang rakan sekolahnya yang ditemui mati dengan kesan tikaman di beberapa bahagian badan termasuk putus pergelangan tangan kiri di Kampung Lubok Batu, Telemong Hulu Terengganu direman tujuh hari untuk siasatan lanjut.

Memetik laporan Sinar Harian, perintah reman itu yang bermula hari ini dikeluarkan oleh Majistret Engku Nurul Ain Engku Muda membenarkan tempoh reman bermula hari ini sehingga 9 November.

Remaja wanita berusia 19 tahun itu direman untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Terdahulu, gambar remaja wanita itu yang mengenakan baju lokap berwarna ungu sambil diiringi pihak polis ke mahkamah tersebut tular dalam media sosial.

Semalam, suspek ditahan selepas tampil ke Balai Polis Telemong Hulu Terengganu dengan ditemani ibunya untuk membantu siasatan kes pembunuhan kejam itu.

Namun hasil keterangan diberikan remaja terbabit mencurigakan lalu ditangkap untuk siasatan lanjut.

Penahanan remaja yang bersekolah bersama mangsa daripada Tingkatan Satu hingga Lima itu sekali gus membongkar motif kejadian pembunuhan kejam itu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here