Sweden jangka vaksinasi Covid-19 bermula Januari 2021

0
73
Gambar hiasan

STOCKHOLM – Pihak berkuasa kesihatan Sweden dijangka memulakan program vaksinasi Covid-19 seawal Januari tahun depan

Ahli Epidemilogi Sweden, Anders Tegnell berkata, program pencegahan wabak itu akan diberi keutamaan kepada beberapa golongan seperti warga emas, penjaga orang tua, profesional kesihatan dan mereka yang bekerja rapat dengan kumpulan berisiko.

Tegnell berkata, proses vaksinasi itu bagaimanapun akan melalui proses ujian dan kajian yang diperakui sebelum dilaksanakan di peringkat nasional.

“Penilaian awal kami menetapkan bahawa vaksinasi ini boleh bermula seawal bulan Januari.

“Di Sweden, vaksinasi harus dilakukan sesuai dengan prosedur perancangan dan persetujuan yang ada,” katanya.

Menurut data terbaharu Badan Kesihatan Awam yang dikeluarkan semalam, Sweden merekodkan sebanyak 236,355 kes positif Covid-19 termasuk 6,622 kematian.

Negara itu merupakan antara negara yang tidak melaksanakan langkah-langkah penutupan ketat, sebaliknya bergantung pada saranan masyarakat untuk membendung penyebaran wabak itu.

Setelah lonjakan kes baharu pandemik itu, negara itu mengambil langkah mengumumkan sekatan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here