Potongan 50 peratus buku di Iqra Read Bookstores

0
61
Kiosk Iqra Read Bookstores yang terletak di tingkat 1 Malakat Mall, Cyberjaya.

CYBERJAYA – Orang ramai khususnya pelanggan di Malakat Mall di sini berpeluang menikmati potongan sehingga 50 peratus bagi pembelian buku di kiosk Iqra Read Bookstores.

Promosi sempena Jualan Rasa Sayang yang berlangsung sehingga 31 Disember ini menawarkan pelbagai kategori bahan bacaan termasuk untuk kanak-kanak dan dewasa keluaran penerbit seperti PTS, Karya Bestari, KarangKraf, Ana Muslim dan banyak lagi.

Pengurus Iqra Read Bookstores, Norden Mohamed berkata, potongan harga itu adalah sebahagian daripada usaha pihaknya memupuk amalan membaca dalam kalangan masyarakat di negara ini.

Beliau berkata, walaupun penularan pandemik Covid-19 memberi kesan kepada jualan secara walk-in, sambutan yang diterima daripada pembelian secara atas talian agak memberangsangkan.

“Alhamdulillah, penularan Covid-19 ini menyaksikan semakin ramai yang kembali kepada amalan membaca. Itu dalam kalangan mereka yang memang minat membaca.

“Namun jika dilihat secara umum, amalan membaca dalam masyarakat kita semakin berkurangan kerana kita semakin terdedah kepada medium media sosial, televisyen dan permainan video dan sebagainya,’’ katanya.

Sementara itu beliau berkata, kiosk Iqra Read Bookstores yang kini terletak di aras 1 Malakat Mall akan berpindah ke lot perniagaan yang lebih besar dan selesa pada awal tahun depan.

“Ekoran sambutan yang menggalakkan daripada pengunjung Malakat Mall, kami akan beroperasi di lot perniagaan yang besar dan menyediakan lebih banyak bahan bacaan untuk pelanggan,’’ katanya.

Buku kanak-kanak keluaran Ana Muslim.

Norden Mohamed
Buku Pelayar Melayu yang kini popular melalui jualan online.

Tambah beliau, antara bahan bacaan yang mendapat sambutan pada masa ini adalah buku bercirikan sejarah Melayu seperti buku bertajuk ‘Pelayar Melayu’ yang menceritakan kehebatan Panglima Awang atau lebih dikenali sebagai Henry the Black.

“Buku ini berkisar mengenai manusia pertama mengelililngi dunia iaitu Panglima Awang. Ia ditulis berdasarkan bukti-bukti yang diperolehi daripada sejarah tempatan dan juga catatan pelayaran Portugis.

“Ini adalah salah satu contoh buku yang cukup laris jualannya secara online. Pembelian buku kami boleh dibuat di laman web www.iqraread.asia,’’ katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here