Tengku Zafrul siap sedia bentang Belanjawan 2021 petang ini

0
213
Gambar hiasan

CYBERJAYA – Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Aziz yang akan membentangkan Belanjawan 2021 di Parlimen pada pukul 4 petang ini berharap semua pihak dapat memberikan sokongan kepada belanjawan itu.

Beliau berkata, bagi kerajaan, belanjawan tahun ini amat penting dalam memastikan kesejahteraan rakyat dan kelangsungan perniagaan terjamin dalam menghadapi krisis pandemik Covid-19.

“Marilah kita sama-sama memberi sokongan kepada Belanjawan 2021 dan moga kita mampu menempuhi krisis ini dengan penuh kejayaan. Insya-Allah,” katanya dalam satu hantaran menerusi laman Facebook miliknya hari ini.

Dalam pada itu, beliau turut memohon doa semua pihak agar pembentangan belanjawan itu berjalan lancar.

“Ini adalah kali pertama saya memimpin Kementerian Kewangan dalam membentangkan belanjawan negara, jadi saya dengan rendah diri memohon agar kalian mendoakan kejayaan kami,” ujarnya.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here