Umat Islam di Malaysia akan dibenarkan tunaikan ibadah umrah

0
533
Menerusi peraturan baharu itu jemaah luar negara dibenarkan menunaikan umrah selama 10 hari

CYBERJAYA – Malaysia menyambut baik keputusan yang dibuat oleh kerajaan Arab Saudi untuk membenarkan jemaah luar negara mengerjakan umrah selama 10 hari dengan mengikuti prosedur operasi standard (SOP) yang ketat.

Menerusi satu kenyataan bersama oleh Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri, berikutan itu kedua-dua kementerian tersebut akan bekerjasama bagi rapat bagi memastikan umat Islam di Malaysia juga dapat mengerjakan ibadah tersebut.

“Kerajaan akan terus pantau situasi Covid-19 khususnya di Malaysia dan meneliti dari masa ke masa SOP umrah yang ditetapkan kerajaan Saudi.

“Dalam situasi sekarang, keselamatan dan kesihatan jemaah umrah Malaysia merupakan keutamaan tertinggi,” katanya hari ini.

Dalam pada itu, menurut kenyataan itu, pihaknya juga akan mendapatkan nasihat daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan bagi membolehkan rakyat Malaysia menunaikan umrah.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here