Ustaz Ebit Lew hantar satu lori tangki air ke Subang

0
270
Ustaz Ebit membantu penduduk mengisi air

CYBERJAYA – Terkesan dengan nasib yang menimpa penduduk di beberapa kawasan di Lembah Klang yang terputus bekalan air sejak kelmarin, pendakwah terkenal, Ebit Lew menghantar satu lori tangki air untuk diagihkan.

Beliau yang lebih dikenali sebagai Ustaz Ebit berkata, lori air tersebut dibawa ke Subang, Selangor untuk diagihkan.

Orang ramai beratur untuk mengambil bekalan air

“Dari siang uruskan. Walau dah malam ramai datang nak air. Tua muda pelbagai bangsa bawa baldi.

“Kami bagikan juga dalam empat tank kecil supaya boleh bagi lebih dekat dengan blok lain,” katanya dalam satu hantaran dalam Facebooknya hari ini.

Beliau berkata, selepaa ini, proses penghantaran bekalan air akan dilakukan di tempat lain yang turut terlibat.

“Doakan ya. Nak hantar air ke beberapa tempat lagi malam ini mengikut permintaan.

“Macam mana kita nak lena jika ada orang memerlukan air. Besar nilai dan nikmat air ini,” ujarnya.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here