Vaksin Covid-19 diberi secara percuma kepada rakyat Malaysia – PM

0
270

CYBERJAYA – Berita baik!

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan vaksin Covid-19 akan diberikan secara percuma kepada rakyat Malaysia.

Beliau turut berkata, kerajaan tidak bercadang untuk mewajibkan pengambilan vaksin tersebut, dan ia hanya akan diberikan kepada mereka yang setuju mengambilnya secara sukarela.

Keutamaan akan diberikan kepada golongan berisiko dan mudah menghidapi penyakit.

“Saya dengar banyak pihak di luar sana sedang menunggu-nunggu untuk mendapatkan suntikan vaksinasi Covid-19 ini dan mereka hendak hidup seperti normal, tidak mudah dijangkiti dengan apa-apa penyakit.

“Pastinya kita harap dengan langkah yang kerajaan ambil untuk membekalkan vaksin ini nanti, maka lebih ramai rakyat dapat kita selamatkan daripada wabak ini pada masa depan,” kata Muhyiddin pada satu sidang akhbar yang diadakan secara maya, hari ini.

Beliau berkata, bagi warga asing, mereka akan dikenakan caj yang akan ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) nanti.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here