Vaksin Covid-19 Pfizer sudah sedia untuk diedarkan di AS

0
75

NEW YORK – Pfizer dilaporkan telah bersedia mengedarkan dos vaksin Covid-19 keluarannya ke seluruh Amerika Syarikat (AS).

Menurut laporan siaran televisyen ABC 7, penerbangan dari Brussels, Belgium ke Chicago tersebut bermula pada Jumaat lalu.

Laporan yang sama tidak menyebut di mana vaksin tersebut disimpan, namun dianggarkan jumlah dos yang sudah tiba berada dalam lingkungan ‘ribuan dos’.

Vaksin pandemik tersebut akan diedarkan ke seluruh negara menggunakan penerbangan United Airlines dan syarikat kurier, DHL.

Setakat ini, belum ada vaksin yang dibenarkan bagi tujuan perubatan, namun Pfizer sudah memohon kebenaran daripada Pentadbiran Makanan dan Ubatan (FDA) bagi penggunaan kecemasan vaksin buatan mereka.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here