Veteran UMNO, Saleha Ismail meninggal dunia

0
316
Allahyarhamah Zaleha Ismail

CYBERJAYA – Bekas Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat dan juga veteran UMNO, Tan Sri Zaleha Ismail, 84, meninggal dunia di Hospital Tawakal, di sini, kira-kira jam 8.15 malam tadi.


Berita itu dikongsi kenalan Allahyarhamah, Mohd Uzer Zainal Abidin yang tular di media sosial.


Zaleha pernah memegang pelbagai jawatan penting, termasuk Ketua Wanita UMNO dan Timbalan Ketua Bahagian Buku Pelajaran, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).


Jenazah Allahyarhamah akan dibawa ke Masjid Salahuddin Al-Ayubbi, Taman Melati di sini pada 9 pagi esok untuk disembahyangkan dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Ibu Kota di sini.


Anak kelahiran Kuala Langat, Selangor itu bersekolah di Sekolah Melayu Sungai Pelek dan melanjutkan pelajaran di Universiti Malaya dalam Ijazah Sarjana Muda Sastera (Ekonomi) pada tahun 1961.


Bekas ahli Parlimen Gombak itu dikurniakan tiga cahaya mata hasil perkongsian hidup bersama suaminya Allahyarham Abd Rahman Ali, iaitu Datuk Dr Zurin Adnan, Zurin Azlan dan Zurin Azrai.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here