[VIDEO] Bila kamera ‘suka’ kepala penjaga garisan daripada bola sepak

0
262
GAMBAR HIASAN

Inverness, SCOTLAND – Lain yang hendak dilihat, lain pula yang dapat.

Perasaan teruja peminat bola sepak, salah sebuah kelab bola sepak di Scotland untuk menonton perlawanan pasukan kesayangan mereka beraksi menerusi siaran langsung di televisyen bertukar sebaliknya.

Harapan untuk menyaksikan aksi sengit perlawanan bola sepak itu bertukar menjadi lucu apabila sistem kamera automatik yang digunakan untuk menayangkan aksi tersebut lebih memilih untuk fokus kepada kepala penjaga garisan.

Bila kamera 'suka' kepala penjaga garisan daripada bola sepak

Insiden lucu berkenaan terjadi sewaktu perlawanan di antara kelab Inverness Caledonian Thistle menentang Ayr United di Stadium Caledonia di bandar Inverness, Scotland, baru-baru ini.

Kelab Inverness sebelum ini telah melabur ribuan ringgit bagi membeli sistem kamera yang menggunakan kepintaran buatan (AI) yang dinamakan Pixellot bagi menggantikan juruvideo, susulan penularan wabak Covid-19.

Bagaimanapun, AI tersebut nampaknya terlalu canggih, hingga kerap kali terlepas rakaman aksi atas di padang, sebaliknya ‘asyik’ merakam kepala penjaga garisan perlawanan berkenaan yang kebetulannya botak.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here