
LONDON – Pilihan raya presiden Amerika Syarikat (AS) memasuki fasa baharu apabila Donald Trump menuduh proses kali ini penuh ‘kepalsuan, penipuan dan manipulasi’.
Menurut The Guardian, ucapan Trump tersebut yang disiarkan secara langsung awal pagi tadi itu juga turut ‘diberhentikan’ oleh rangkaian berita.
Dalam ucapan tersebut, Trump yang mewakili Parti Republikan, membuat pengakuan bahawa kemnya telah memenangi pilihan raya kali ini, namun manipulasi dan penipuan telah menyebabkan beliau kehilangan undi berharga.
Setakat ini, calon Parti Demokrat, Joe Biden sedang mendahului undi dengan 264, berbanding Trump yang mendapat 214.
Setakat ini, pengiraan undi masih dijalankan di negeri Nevada, Georgia, North Carolina dan Pennsylvania.
Calon yang berjaya mendapat sebanyak 270 + 1 undi akan dilanti sebagai Presiden AS yang baharu.