Wanita barisi kumpulan komunikasi Biden

0
45
KATE BEDDINGFIELD

WASHINGTON – Bakal Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden telah menamakan kumpulan komunikasi yang dibarisi oleh wanita, dalam persediannya mengambil alih tampuk pemerintahan negara pada Januari depan.

Menurut The Guardian, kumpulan komunikasi tersebut diketuai oleh Kate Bedingfield yang akan menjawat jawatan sebagai pengarah komunikasi Rumah Putih.

Sebelum ini, Bedingfield merupakan pengarah komunikasi kempen presiden Biden.

JEN PSAKI

Jawatan setiausaha akhbar presiden pula akan dijawat oleh Jen Psaki. Psaki merupakan salah seorang daripada jurucakap Parti Demokrat yang paling kanan.

Sementara itu, Neera Tanden yang sebelum ini memgang jawatan sebagai ketua eksekutif badan pemikir Pusat Kemajuan Amerika, diberi tanggung jawab untuk memantau proses implementasi polisi Biden.

Ketiga-tiga wanita ini pernah memegang jawatan penting sewaktu era pemerintahan Barrack Obama dahulu.

Pada waktu itu, Beddingfield merupakan pengarah komunikasi kepada timbalan presiden; Psaki merupakan pengarah komunikasi Rumah Putih dan jurucakap kepada Jabatan Negara; dan Tanden merupakan penasihat kanan kepada Setiausaha Kesihatan dan Perkhidmatan, Kathleen Sebelius.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here