Warga emas maut ditetak di muka, leher dalam kejadian rompakan

0
370
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Seorang pesara warga emas maut ditetak dalam satu kejadian rompakan di rumahnya di Bangsar di sini, awal pagi tadi.

Mangsa, Dr Wan Hassan Wan Embong, 71, yang juga pesara Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), meninggal dunia di lokasi selepas ditetak di muka dan leher manakala isterinya, Sarifah Yusof, 70, cedera serta menerima rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

Memetik laporan Harian Metro, Ketua Polis Daerah Brickfields, Assisten Komisioner Anuar Omar berkata, polis menerima panggilan daripada anak perempuan mangsa pada pukul 4.01 pagi.

“Menurut isteri, mangsa terdengar bunyi bising di bahagian dapur rumah kira-kira 3.30 pagi.

“Dua lelaki tidak bertopeng dan berparang meminta duit. Mangsa cuba melawan dan seterusnya ditetak. Isteri mangsa turut ditetak di bahagian bahu kanan,” katanya.

Anuar berkata, suspek kemudian mengambil barang-barang berharga dan melarikan diri melalui tingkap dapur.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here