Warga Myanmar jatuh laut sedang dikesan

0
120

π—£π—˜π—Ÿπ—”π—•π—¨π—›π—”π—‘ π—žπ—Ÿπ—”π—‘π—š – Seorang Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) warga Myanmar disyaki terjatuh ke laut dari sebuah bot nelayan pada kedudukan 9.7 batu nautika barat laut Pantai Redang, Sekinchan kira-kira jam 3.30 petang, semalam.

Pengarah Maritim Negeri Selangor, Kepten Maritim Mohammad Rosli Kassim berkata, PATI berkenaan merupakan kru bot nelayan tempatan kelas B yang dikendalikan seorang tekong dan seorang lagi warga Myanmar.

Kepten Maritim Mohammad Rosli Kassim

Katanya, mangsa dipercayai terjatuh ketika sedang melakukan kerja menarik pukat

β€œMangsa dikenali Tin Warm, 50, tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah dan ketika kejadian mangsa memakai baju dan seluar berwarna hitam tanpa memakai jaket keselamatan,” jelas beliau.

Berikutan itu katanya, Maritime Rescue Sub Centre (MRSC) Johor Bahru mengaktifkan Operasi Operasi Mencari dan Menyelamat pada jam 10.00 malam, sebaik sahaja menerima maklumat Pusat Kordinator Penyelamat Maritim (MRCC) Putrajaya.

Tambah Rosli, operasi merangkumi keluasan kira-kira 98.64 kilometer persegi dan Maritim Negeri Selangor terus mengerakkan aset bot Pengawaln 26  dengan bantuan aset  daripada agensi sahabat iaitu KD Gagah Samudera milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Pasukan Polis Marin (PPM) serta komuniti nelayan setempat.

Hebahan turut dilakukan kepada semua komuniti maritim yang menjalankan aktiviti di perairan Sekinchan dan sekitarnya. Pengkalan Hadapan Carilamat (PHC) ditubuhkan di Jeti Nelayan Sekinchan.

Sebarang aduan, maklum balas serta kecemasan di laut, orang awam boleh menghubungi Pusat Operasi Maritim Negeri Selangor ditalian 03- 31769100/0627 yang beroperasi 24 jam.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here