YIDE cadang tubuh Majlis Anak Yatim Negeri Selangor

0
149
Exco Generasi Muda, Sukan dan Modal Insan, Mohd Khairuddin Othman (duduk dua dari kiri) hadir dalam majlis sesi ramah mesra dan penyampaian mock cek sumbangan kepada wakil Rumah Anak Yatim seliaan Yayasan Islam Darul Ehsan dan Rumah Kebajikan Non-Muslim.

CYBERJAYA-Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) mencadangkan agar kerajaan negeri Selangor menubuhkan Majlis Anak Yatim Negeri Selangor menghimpunkan semua wakil penguasa rumah anak yatim.

Pengurus Besar YIDE, Nur Mohd Razali Abdullah berkata, ia bagi memudahkan urusan untuk kenal pasti keperluan yang diperlukan dari semasa ke semasa dan bukan bantuan kewangan semata-mata.

“Semalam, Pejabat Exco Generasi Muda, Sukan dan Modal Insan Selangor telah menganjurkan sesi ramah mesra dan penyampaian mock cek sumbangan kepada wakil Rumah Anak Yatim seliaan Yayasan Islam Darul Ehsan dan Rumah Kebajikan Non-Muslim. 

“Penganjuran itu turut disertai oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor, Majlis Agama Islam Selangor dan Bahagian Sumber Manusia Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor.

“Program ramah mesra itu amat bermakna buat rumah-rumah kebajikan ini kerana dapat merapatkan silaturrahim di antara pihak kerajaan negeri, agensi berkaitan di peringkat persekutuan dan negeri serta rumah kebajikan ini.

“Selain daripada itu, program ramah mesra yang turut dihadiri oleh Exco Generasi Muda, Sukan dan Modal Insan, Mohd Khairuddin Othman sendiri menjadi platform wadah yang baharu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, sebanyak RM116, 000 diperuntukkan kepada 29 buah Rumah Anak Yatim dan Rumah Kebajikan Non-Muslim di seluruh Selangor dan bantuan itu telah diserahkan kepada semua penguasa rumah anak yatim yang hadir.

“Program ini merupakan inisiatif kerajaan negeri Selangor untuk memperkasakan fungsi rumah anak yatim dan rumah kebajikan non-muslim di seluruh Selangor bagi pelaksanaan aktiviti dan program yang memberi impak signifikan pada pembentukan sahsiah diri dan pembangunan sosial secara keseluruhannya,” katanya.

Untuk maklumat lanjut mengenai peranan YIDE, boleh berhubung terus ke Ibu Pejabat YIDE di talian +603 – 5510 3931, email ke [email protected] atau layari  www.yide.com.my

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here