13 terbunuh dalam serangan di lapangan terbang Aden

0
477
Tangkap layar daripada video insiden menunjukkan projektil jatuh menghentam kawasan lapangan terbang Aden.

Aden, YEMEN – Sekurang-kurangnya 13 terbunuh manakala berpuluh lagi cedera dalam satu serangan di lapangan terbang Aden, hari ini.

Menurut Ruters, serangan tersebut berlaku ketika sebuah kapal terbang yang membawa anggota kabinet Yemen yang disokong Arab Saudi baharu sahaja mendarat di lapangan terbang tersebut.

Sumber keselamatan memberitahu, serangan tersebut melibatkan penggunaan mortar.

Bagaimanapun, Perdana Menteri, Maeen Abdulmalik dan duta Arab Saudi ke Yemen, terselamat dan berjaya dibawa ke Istana Presiden.

Namun, beberapa jam selepas serangan tersebut, satu lagi letupan kedengaran berhampiran Istana Presiden.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here