196 individu ditahan kerana gagal patuhi SOP PKP

0
128

CYBERJAYA – Polis menahan 196 individu semalam kerana gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam kenyataannya berkata, kesemua individu yang ditahan semalam itu dikenakan kompaun.

“Antara kesalahan yang dilakukan ialah gagal menyediakan peralatan merekod butiran pelanggan (88), tidak memakai pelitup muka (86), gagal mematuhi arahan penjarakan fizikal (8) dan lain-lain (14),” katanya.

Dalam perkembangan lain, Ismail Sabri berkata dalam Operasi Benteng yang dijalankan semalam, pihak berkuasa berjaya menahan 59 pendatang asing tanpa izin (PATI) dan merampas tiga kenderaan darat.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here