Covid-19: Kerajaan aktifkan PKRC MAEPS 2.0

0
192

CYBERJAYA- Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS Serdang) sekali lagi diaktifkan menjadi Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob berkata, PKRC MAEPS 2.0 itu dibuka berikutan peningkatan kes Covid-19 dengan mendadak.

Beliau berkata, pusat berkenaan juga dibuka untuk pelaksanaan program saringan pekerja asing oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).

“Bagi fasa pertama sebelum ini, PKRC ini berjaya merawat 1,362 orang pesakit di mana majoritinya adalah bukan warganegara (86 peratus) dan 14 peratus adalah warga Malaysia.

“Keputusna untuk mengaktifkan PKRC MAEPS 2.0 secara segera ini adalah berikutan peningkatan kes Covid-19 dengan mendadak dan pelaksanaan program saringan pekerja asing oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).

“Skop operasi kali ini akan melibatkan pesakit Covid-19 kategori 1 (tanpa gejala) dan kategori 2 (gejala ringan) dan akan hanya menempatkan pesakit bukan warganegara (BWN) sahaja,” katanya dalam sidang akhbar hari ini.

Menurut Ismail Sabri, pengaktifan berkenaan turut melibatkan pemindahan pesakit Covid-19 daripada Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKKM), Sungai Buloh.

“Berbanding hanya 604 katil sebelum ini, ketersediaan katil di PKRC MAEPS 2.0 adalah dengan anggaran jumlah katil sebanyak 10,000 katil berdasarkan tiga fasa iaitu fasa 1 (3,000 katil), fasa 2 (3,300 katil) dan fasa 3 (3,700) katil.

“Memandangkan PKRC MAEPS 2.0 akan menempatkan warganegara asing dalam jumlah kapasiti yang tinggi, aspek keselamatan akan dipertingkatkan lagi oleh pihak Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM),” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here