[VIDEO] 10 MyKampung Fresh Mart pada 2021

0
655

CYBERJAYA – Pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung berhasrat membuka 10 cawangan MyKampung Fresh Mart pada tahun hadapan.

Firdaus berkata, beliau berharap sasaran pembukaan 10 MyKampung Fresh Mart di sekitar Lembah Klang itu dapat direalisasikan.

10 MyKampung Fresh Mart pada 2021

Beliau berkata, ketika ini pihaknya telah melantik beberapa individu yang berpengalaman untuk mengendalikan urusan MyKampung Fresh Mart.

“Jadi sasaran pembukaan lima hingga 10 cawangan baharu tahun hadapan adalah agenda utama untuk dijayakan oleh mereka yang dilantik.

“Sekarang cawangan pertama di Shah Alam sejak enam bulan lalu beroperasi dengan baik tampa sebarang kerugian kepada syarikat.

“Alhamdulillah, aliran tunai juga positif. Itu prestasi yang baik kepada kami yang baharu dalam bidang ini,” katanya kepada Maakat Tribune.

Pendakwah terkenal Cina Muslim itu pada Jun lalu telah membuka MyKampung Fresh Mart di Jalan Bawang Merah 24/36, Seksyen 24, Shah Alam yang berkeluasan 1,220 meter persegi.

Premis itu dikendalikan oleh Multiracial Reverted Muslim Malaysia (MRMM) iaitu sebuah badan dakwah bukan kerajaan diasaskan beliau, serta dibuka dari 8 pagi hingga 8 malam setiap hari.

Harga lebih 2,000 jenis barangan dijual juga kompetitif, bahkan ada lebih murah selain pasar raya itu mempunyai ‘Bank Makanan’ untuk masyarakat bersedekah sambil berbelanja.

Usaha Firdaus yang juga Ikon Dakwah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) itu juga memberi pilihan kepada komuniti Muslim dalam menyokong kempen Buy Muslim First.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here