Dua Ahli Parlimen ke Dewan Rakyat naiki ambulans dan pakai PPE

0
400

KUALA LUMPUR –  Tiga ahli Parlimen yang masih menjalani Perintah Pengawasan dan Pemerhatian di Rumah (HSO) hadir ke Dewan Rakyat hari ini dengan menaiki ambulans dan memakai sut peralatan perlindungan diri (PPE).

Mereka ialah Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba, Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M. Saravanan, dan P. Prabakaran (PH-Batu).

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun ketika memaklumkan perkara itu berkata, mereka diwajibkan memakai PPE dan ditempatkan dalam satu bilik khas ketika persidangan berlangsung.

“Dua menteri dan seorang ahli Parlimen pembangkang itu hanya dibenarkan masuk ke dalam dewan ketika sesi pengundian belah bahagian sahaja.

“Saya difahamkan pagi ini bahawa terdapat tiga orang yang meminta kebenaran untuk datang, mereka akan dibawa oleh ambulans memakai PPE dan kita telah sediakan satu bilik untuk mereka duduk. 

“Bilik khas mereka duduk di situ dan kalau mereka ingin mengundi mereka perlu memakai PPE yang baru dan mereka akan masuk melalui galeri awam dan undi akan diambil daripada mereka. 

“Penghitung dan pemerhati terpaksa memakai visor (pelindung muka) dan selepas mengundi, mereka meninggalkan galeri awam itu. Supaya kita nak hadkan contact dengan semua orang,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab persoalan yang ditimbulkan Dr. Kelvin Yii Lee Wuan (PH-Bandar Kuching).

Terdahulu semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Datuk Takiyuddin Hassan memaklumkan ahli Parlimen yang menjalani HSO boleh hadir ke persidangan Dewan Rakyat bagi proses pengundian peringkat jawatankuasa Rang Undang- undang (RUU) Perbekalan 2021 namun perlu mengenakan PPE.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here