27 dari zon merah positif Covid-19 di Terengganu

0
270
Dr. Nor Azimi Yunus

CYBERJAYA – Sebanyak 4,308 individu dari zon merah Covid-19 yang berkunjung ke Terengganu telah menjalani penilaian risiko di klinik dan hospital negeri itu sejak sekatan perjalanan antara negeri dan daerah dilonggarkan pada 7 Disember lalu.

Pengarah Kesihatan Negeri, Dr. Nor Azimi Yunus berkata, kesemua individu berkenaan telah datang secara sukarela untuk melakukan pemeriksaan.

Hasil daripada pemeriksaan itu katanya, sebanyak 21 individu disahkan positif Covid-19 manakala  6 dari 433 kenalan rapat juga didapati positif.

“Jumlah kes positif adalah 27. Kesemuanya telah dimasukkan ke hospital manakala semua kenalan rapat menjalani kuarantin di rumah dan di pusat kuarantin yang disediakan oleh jabatan.

“Bayangkan jika 27 kes positif tidak dikesan lebih awal. Sudah tentu mereka akan menyebarkannya kepada keluarga atau rakan sekerja,” katanya dalam kenyataan di akaun Facebooknya.

Dalam pada itu, Dr. Nor Azimi memuji tahap kesedaran dan keikhlasan individu yang hadir menjalani penilaian risiko di negeri itu dalam usaha membantu mencegah jangkitan dalam masyarakat.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here