3 Petugas media Ebit Lew terlibat kemalangan di Jalan Duta

0
246
Keadaan kenderan Estima yang remuk di bahagian hadapan dalam kemalangan di Jalan Duta sebentar tadi

CYBERJAYA – Tiga orang petugas media kepada pendakwah terkenal, Ebit Lew cedera selepas terlibat dalam satu kemalangan jalan raya di Jalan Duta, sebentar tadi.

Kesemua mangsa tersebut yang baru pulang selepas menyampaikan bantuan kepada sebuah keluarga yang tinggal lebih lapan bulan dalam kereta di Pulau Pinang terbabas selepas sebuah kenderaan scara tiba-tiba membuat pusingan U.

“Pohon doakan tiga orang pasukan media kami kemalangan baru sekejap ini. Doakan selamat semuanya. Merekalah yang merakamkan untuk program Jejak Ebit Lew Astro.

“Tadi kami sebanyak empat kereta ke Pulau Pinang membantu abang sekeluarga yang lapan bulan tidur dalam kereta.

“Semasa sama-sama balik ke Kuala Lumpur, betul-betul di lorong kanan Touch&Go selepas Plaza Tol Jalan Duta secara tiba-tiba ada kereta dari arah kiri U-turn ke kanan walaupun ada tanda tak boleh U-turn.

“Kenderaan Estima yang mereka bawa cuba mengelak kereta tersebut sehingga menyebabkan mereka melanggar pembahagi di tengah jalan,” katanya dalam satu hantaran di laman Facebooknya hari ini.

Ebit berkata, kesemua petugas medianya itu
sekarang berada di Hospital Gleneagles untuk
menjalani CT scan.

Dalam pada itu, beliau turut memohon orang ramai mendoakan keselamatan kesemua petugas medianya yang cedera dalam kemalangan jalan raya itu.

“Doakan Teyha, Azrin dan Ijad semuanya selamat dan baik-baik saja. Sedih dengar mereka mengerang sakit,” ujarnya.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here