4 penjenayah maut ditembak

0
439
4 penjenayah maut di lokasi kejadia selepas berbalas tembakan dengan polis. Gambar Bernama

SUNGAI BULOH – Polis menembak mati empat penjenayah yang cuba melarikan diri selepas menyamun rumah dan melanggar penghantar makanan dalam satu kejadian di Sungai Buloh, hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Selangor, Datuk Fadzil Ahmat berkata, polis yang menerima maklumat berhubung kejadian samun itu telah bertindak mengejar kereta dinaiki suspek.

Fadzil berkata, dalam kejadian itu kereta suspek turut melanggar dan mengilis penunggang motosikal yang bekerja sebagai penghantar makanan.

“Pasukan serbuan terpaksa melepaskan beberapa das tembakan ke arah kereta demi mempertahankan pasukan dan orang awam,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, katanya, pemeriksaan lanjut terhadap kereta yang dinaiki penjenayah itu mendapati empat individu dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Terdahulu, satu video tembakan dan gambar mangsa yang maut di lokasi kejadian tular dalam media sosial.

Kejadian tersebut menyebabkan kesesakan teruk di lokasi kejadian.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here