50 petugas Hospital Tengku Ampuan Rahimah positif Covid-19

0
311
Gambar hiasan

CYBERJAYA – Sebanyak 50 petugas kesihatan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang disahkan dijangkiti Covid-19.

Pengarah Kesihatan Negeri Selangor, Datuk Dr Sha’ari Ngadiman berkata, pada masa ini, kesemua petugas kesihatan yang dijangkiti Covid-19 itu sedang mendapatkan rawatan di Hospital Sungai Buloh.

“Siasatan oleh pasukan Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) dan HTAR tidak dapat mengenalpasti punca jangkitan petugas kesihatan berkenaan sama ada berlaku sebelum pesakit dimasukkan ke dalam hospital ataupun semasa pesakit berada dalam tempoh inkubasi iaitu selama 14 hari, namun keadaan terkawal.

“Kesemua kontak diambil ujian calitan dan diletakkan di bawah perintah Pengawasan dan Pemerhatian di Rumah (HSO) malah semua pesakit kepada kes juga menjalani ujian.

“Pengurusan rawatan pesakit di HTAR masih diteruskan dan berada dalam keadaan terkawal,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, Dr Sha’ari berkata, pihak hospital sentiasa berwaspada dan memastikan pematuhan kepada prosedur operasi standard (SOP) dan pemakaian alat pelindung diri (PPE) sentiasa dipatuhi.

“Kedudukan daerah Klang yang berada dalam zon merah serta peningkatan kes Severe Acute Respiratory Infection (SARI) yang mendapat rawatan di HTAR mengakibatkan kebarangkalian peningkatan kes Covid-19,” katanya.

Sementara itu, beliau turut menasihatkan orang awam untuk yang tiada urusan penting untuk tidak datang ke hospital.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here