75 peratus pesawat milik MAB tidak dapat diterbangkan ketika pandemik Covid-19

0
96

KUALA LUMPUR – Dewan Rakyat hari ini dimaklumkan kira-kira 75 peratus pesawat milik Malaysia Airlines Berhad (MAB) tidak dapat diterbangkan akibat pandemik Covid-19.

Timbalan Menteri Kewangan I, Datuk Abdul Rahim Bakri berkata, situasi berkenaan telah mengakibatkan kapasiti dan juga pendapatan MAB terjejas.

Beliau berkata, bagi mengatasi masalah kewangan Malaysia Aviation Group Berhad (MAGB) dan MAB, kerajaan akan mengadakan rundingan lanjut dengan Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) bagi mengenal pasti hala tuju syarikat.

“Ia juga bertujuan untuk memperkukuhkan kedudukan kewangannya dan mengenal pasti penyelesaian strategik yang terbaik bagi syarikat penerbangan nasional itu.

“MAB kini beroperasi dengan kira-kira 75 peratus daripada pesawatnya tidak dapat diterbangkan akibat sekatan perjalanan dan turut menyaksikan kapasiti dan pendapatannya terjejas.

“Setakat 31 Ogos 2020, jumlah kecairan yang dimiliki oleh MAGB adalah kira-kira RM366 juta, selain kira-kira RM578 juta yang tersedia untuk digunakan daripada dana yang diperuntukkan oleh Khazanah,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian untuk menjawab soalan daripada Datuk Jalaluddin Alias (BN-Jelebu) berkenaan kemampuan syarikat Malaysia Airlines dalam menangani krisis ekonomi akibat pandemik Covid-19.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here