ADUN Pas Perak mohon maaf pada Sultan Perak

0
204
Tiga ADUN Pas dari kiri Razman Zakaria, Mohd Akmal Kamaruddin dan Khalil Yahaya

IPOH – Tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pas Perak menzahirkan permohonan maaf kepada Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah di atas kekhilafan tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) parti itu tidak menghadap seperti dititahkan baginda, Selasa lalu.

Menurut Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria, parti itu sentiasa menjunjung tinggi institusi kesultanan negeri Perak Darul Ridzuan dan menumpahkan taat setia tidak berbelah bahagi terhadap Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.

“Maka kami, saya Razman Zakaria (ADUN Gunong Semanggol); Mohd Akmal Kamaruddin (ADUN Selama) dan Khalil Yahaya (ADUN Kubu Gajah) dengan rendah diri menzahirkan permohonan ampun kepada Sultan Nazrin di atas kekhilafan tidak dapat mengadap seperti dititahkan baginda kepada kami bertiga pada 3 petang Selasa lalu.

“Sehubungan itu, PAS Perak akan mengutuskan surat memohon ampun dan maaf atas perkara itu,” katanya dalam satu sidang akhbar hari ini.

Dalam pada itu, katanya, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sendiri dijadual akan mengadap baginda.

Bagaimanapun, katanya, tarikh dan waktunya masih belum diketahui.

Sebelum ini, Razman memaklumkan keputusan pembatalan itu dibuat atas arahan pucuk pimpinan parti.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here