Agong isytihar darurat di Parlimen Gerik, DUN Bugaya

0
357
Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin

CYBERJAYA – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini mengisytiharkan Proklamasi Darurat di Parlimen Gerik di Perak dan di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bugaya di Sabah, sekali gus membatalkan pilihan raya kecil (PRK) di kedua-dua kerusi itu.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, proklamasi darurat itu dibuat berdasarkan Fasal (1) Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan.

“Dalam menyembah nasihat kepada Seri Paduka Baginda, jemaah menteri pada 4 Disember lalu telah membincangkan secara terperinci kesan PRK Gerik dan Bugaya jika diadakan pada masa pandemik Covid-19 sedang menular.

“Mengambil iktibar penularan Covid-19 susulan Pilihan Raya Negeri Sabah, sebelum ini, jemaah menteri berpandangan kedua-dua PRK ini perlu dielakkan atas faktor ancaman keselamatan awam, ancaman ke atas kehidupan ekonomi dan ancaman ketenteraman awam,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum ini menetapkan tarikh 16 Januari sebagai tarikh pengundian bagi kedua-dua PRK tersebut.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here