‘Ana selamatkan kitab-kitab je’ – Ustaz Azhar Idrus

0
812
Ustaz Azhar Idrus ketika ditemui Muhammad Khalil di rumahnya awal pagi tadi

CYBERJAYA – “Ana selamatkan kitab-kitab je (sahaja). Sebab hok tu (yang itu) paling berharga,” kata penceramah bebas, Ustaz Azhar Idrus.

Beliau berkata demikian ketika ditanya antara barang-barang yang sempat diselamatkan ketika rumahnya dinaiki air ketika banjir melanda malam tadi.

Perkara itu dikongsi oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Buruk, Muhammad Khalil Abdul Hadi di laman sosial Facebook miliknya pagi tadi.

Berikut merupakan hantaran Muhammad Khalil di status Facebook miliknya:

Saya tanya, “air naik semalam, ustaz sempat angkat tak barang-barang?”

Ustaz Azhar jawab, “Ana selamatkan kitab-kitab je. Sebab hok tu paling berharga”

Allahurabbi.. Akhlak seorang ulama’ terhadap ilmu. Saya doakan semoga Ustaz Azhar Idrus dipermudahkan segala urusan. – MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here