Anak Wayne Rooney sertai Man Utd

0
86
Kai (tengah) bersama bapa, Wayne Rooney dan ibunya, Coleen (kiri), pada majlis menandatangani kontrak, semalam. – GAMBAR MEDIA SOSIAL

LONDON – Anak sulung bekas penyerang Manchester United, Wayne Rooney, mengikut jejak langkah bapanya dengan menyertai kelab tersebut.

Menurut Sky Sports, Kai, 11, telah menandatangani kontrak bagi menyertai pasukan remaja kelab itu, semalam.

Rooney, 38, yang pernah mewakili pasukan senior United selama 13 tahun, memuat naik gambar majlis menandatangani kontrak tersebut di akaun media sosialnya.

“Teruskan bekerja keras, anak(ku),” catat Rooney.

Sepanjang karier beliau mewakili Man Utd, Rooney telah menjaringkan sebanyak 253 gol dalam 559 permainan.

Ketika ini, beliau merupakan pengurus sementara bagi pasukan Derby County yang bermain di Divisyen 2 Liga Inggeris.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here