Austin bakal jadi lelaki berkulit hitam pertama dilantik ke jawatan Setiausaha Pertahanan AS

0
183
LLOYD AUSTIN

WASHINGTON – Bakal Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden dijangka akan melantik Lloyd Austin sebagai Setiausaha Pertahanan bagi menganggotai kabnet beliau.

Menurut The Guardian, jika dilantik, bekas jeneral empat bintang akan menjadi lelaki kulit hitam pertama yang memegang jawatan tersebut.

Pelantikan Austin disahkan oleh 4 sumber yang mempunyai pengetahuan dalam perkara ini namun identiti mereka tidak didedahkan kerana pemilihan tersebut belum diumumkan secara rasmi.

Austin, 67, pernah berkhidmat selama 41 tahun dan pernah memerintah tentera AS dan pasukan bersekutu di Iraq pada 2010 – 2011.

Sebelum bersara pada 2016, Austin merupakan lelaki kulit hitam pertama yang memegang jawatan Pemerintah Pusat Strategik Tengah (CENTCOM) yang bertanggung jawab terhadap semua operasi ketenteraan AS di Timur Tengah, Asia Tengah dan sebahagian Asia Selatan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here