Australia: Undang-undang wajibkan Facebook dan Google bayar penyedia kandungan berita akan digubal

0
66

SYDNEY – Australia bakal menggubal undang-undang di mana Facebook Inc. dan Google perlu membayar penyedia kandungan berita bagi menggunakan berita mereka.

Menurut Reuters, penggubalan ini merupakan tindakan Australia bagi melindungi kebebasan dunia kewartawanan digital.

Undang-undang yang bakal dibentangkan di parlimen pada Rabu ini menggariskan kedua-dua firma Internet tersebut perlu berunding dengan penyedia kandungan berita mengenai harga yang perlu mereka bayar jika mahu menyiarkan isi kandungan mereka.

Jika tiada persetujuan dicapai, penimbang tara yang akan dilantik kerajaan akan menetapkan harga tersebut.

“Ini merupakan satu pembaharuan besar, kali pertama di dalam dunia, dan seluruh dunia sedang melihat apa yang berlaku di Australia,” kata Bendahari Persekutuan Australia, Josh Frydenberg.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here