Bacaan kali ketiga Belanjawan 2021 lulus, kerajaan PN masih kekal

0
301
Proses belah bahagi yang diadakan dalam Dewan Rakyat hari ini

CYBERJAYA – Selepas lebih seminggu dibahaskan di Dewan Rakyat, akhirnya Rang Undang-Undang Perbekalan (Belanjawan) 2021 diluluskan selepas bacaan kali ketiga.

Ia dijalankan melalui undi belah bahagi dengan 111 ahli Parlimen menyokong manakala 108 ahli Parlimen menentang dan seorang ahli Parlimen tidak hadir.

Kemenangan dipihak kerajaan itu sekali gus menolak khabar angin bahawa kerajaan Perikatan Nasional (PN) akan tumbang hari ini dan digantikan dengan sebuah kerajaan baharu.

Semalam, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam sidang akhbar bersama Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh seolah-olah memberi bayangan bahawa kerajaan PN bakal tumbang dan akan digantikan dengan kerajaan baharu.

Malah, Tengku Razaleigh juga menegaskan untuk tidak mengundi dalam RUU berkenaan hari ini sekaligus menjadikan majoriti kerajaan PN hanya satu undi.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here