Bangladesh mula pindahkan pelarian Rohingya ke penempatan baharu

0
389

CHITTAGONG – Pihak berkuasa Bangladesh telah memulakan pemindahan pelarian Rohingya daripada kem penempatan di sempadan negara tersebut dengan Myanmar ke pulau Bhasan Char yang terletak di Teluk Bengal.

Menurut The Guardian, lebih daripada 1,600 pelarian itu dibawa menaiki 7 buah kapal dari pelabuhan Chittagong, hari ini.

“Kesemua pelarian tersebut dibawa menaiki 7 buah kapal, manakala dua buah lagi kapal digunakan untuk membawa barangan,” kata pegawai Tentera Laut Bangladesh, Lt. Komander MK Zaman Shamim.

Gambar satelit Pulau Bhasan Char di Teluk Bengal. – GAMBAR MEDIA SOSIAL

Kerajaan Bangladesh tetap meneruskan operasi pemindahan itu walaupun berdepan bantahan daripada pelbagai pihak, terutamanya kumpulan hak asasi manusia yang mendakwa pulau tersebut tidak tidak sesuai didiami atas faktor geografi.

“Kerajaan Bangladesh sepatutnya membenarkan penempatan tersebut diperiksa dahulu oleh PBB, dan kumpulan hak asasi dan kemanusiaan bagi memastikan ia sesusai didiami atau tidak,” kata pegawai wilayah Asia Selatan Amnesty International, Saad Hammadi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here