Bekalan air di 6 kawasan di Klang, Shah Alam pulih tengah hari ini

0
117
Paip pecah di Jalan Persiaran Jubli Perak di Seksyen 24 Shah Alam menyebabkan gangguan bekalan air di enam kawasan di Klang dan Shah Alam

CYBERJAYA – Enam kawasan di wilayah Klang dan Shah Alam iaitu Seksyen 18, 19, 20, 23, 24, dan 25 yang mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual ekoran kejadian paip pecah dijangka pulih sepenuhnya tengah hari ini.

Menurut Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor), kerja-kerja pembaikan paip pecah di Jalan Persiaran Jubli Perak di Seksyen 24 Shah Alam itu siap pada pukul 6 pagi tadi.

“Justeru, bekalan air ke kawasan Klang dan Shah Alam iaitu Seksyen 18, 19, 20, 23, 24, dan 25 telah mula disalurkan kepada pengguna bermula pukul 6.50 pagi tadi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Semalam, Air Selangor terpaksa menutup bekalan air pada pukul 10.30 malam bagi melaksanakan kerja-kerja pembaikan paip pecah tersebut.

Sementara itu, katanya, orang ramai yang mempunyai yang ingin mendapatkan status terkini mengenai bekalan air saluran komunikasi rasmi Air Selangor di Facebook, Twitter dan Instagram, serta aplikasi Air Selangor di laman sesawang www.airselangor.com.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here