Biar pihak istana umumkan siapa Menteri Besar Perak- Ahmad Zahid Hamidi

0
170


IPOH- Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan bahawa parti berkenaan sudah mendapat sokongan majoriti bagi melantik Menteri Besar Perak yang baharu.

Ahmad Zahid berkata, nama calon Menteri Besar  telah dipersembahkan kepada Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah di Istana Kinta hari ini untuk dipertimbangkan baginda.

“Alhamdulillah, saya telah diperkenankan untuk menghadap baginda dan saya telah mempersembahkan surat memohon untuk diperkenan bagi mempertimbangkan calon Menteri Besar Perak.

“Sebarang pengumuman untuk Menteri Besar Perak itu akan dibuat oleh Tuanku sendiri dan kenyataan selepas ini hanya akan dikeluarkan oleh pihak Istana,” katanya.

Menurut Ahmad Zahid, beliau hanya mempersembahkan calon yang mempunyai sokongan majoriti dan yakin diperkenankan. 

Terdahulu, kenderaan yang membawa Presiden UMNO itu tiba di pekarangan Istana Kintar sekitar pukul 9.50 pagi menyembah maklum keputusan mesyuarat tergempar Biro Politik Majlis Tertinggi UMNO di Menara Dato Onn, Kuala Lumpur malam tadi berhubung usaha pembentukan kerajaan baharu di Perak.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here