
RAUDHAH CITY – Pentas Bicara BMF yang dihoskan oleh pejuang BMF, Nor Izzat Johari
mencabar ‘bos’ Petronas untuk tampil menjawab mengenai isu air mineral digunakan oleh jenama Mesra yang didakwa tidak mesra BMF.
Nor Izzat atau lebih dikenali sebagai Cikgu Izzat berkata, ini kerana sebagai sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan didokong kuat oleh orang Melayu, Petronas gagal untuk memastikan produk air mineral yang diedarkan di bawah jenama Mesra dikeluarkan oleh usahawan Muslim atau bumiputera.
“Yang menjadi persoalan kita adalah kenapa Petronas yang merupakan syarikat GLC Muslim yang disokong oleh BMF menggunakan air mineral yang dikeluarkan oleh bukan Muslim.
“Sepatutnya, Petronas menggunakan air mineral keluaran orang Muslim untuk membekalkan air mineral untuk jenama Mesra,” katanya kepada Malakat Tribune hari ini.
Program Pentas BMF yang memasuki siri kedua hari ini, menampilkan Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan sebagai ahli panel jemputan untuk mengupas mengenai tajuk Ke Mana BMF Di Waktu Covid19?
Dalam pada itu, Cikgu Izzat yang juga Pengerusi Amal Sejagat Malaysia berkata, pihaknya boleh menerima jika syarikat GLC itu menggunakan produk keluaran bukan Muslim sekiranya ia menggunakan teknologi tinggi atau tidak mampu dikeluarkan usahawan Muslim.
Bagaimanapun, katanya, air mineral bukan produk yang sukar untuk dihasilkan dan ramai pengusaha BMF yang mengeluarkan produk air mineral untuk diedarkan di pasaran.-MT