Britain umum berdepan penularan dua varian Covid-19

0
78
MATT HANCOCK

LONDON – Britain hari ini mengumumkan penemuan satu lagi varian baharu Covid-19 yang sedang menular dalam negara.

Menurut The Guardian, varian tersebut dikenali sebagai 501Y.V2, dan dipercayai berasal dari Afrika Selatan.

Menurut Setiausaha Kesihatan Britain, Matt Hancock, varian ini adalah lebih mudah dijangkiti dan dan berkemungkinan mempunyai daya tahan terhadap vaksin.

“Dapatan ini adalah berdasarkan kajian yang dilakukan oleh saintis di tempat asalnya di Afrika Selatan,” kata Hancock pada satu sidang akhbar, hari ini.

Setakat ini, terdapat dua varian Covid-19 yang menular di Britain, yang mana kedua-duanya mempunyai penularan yang pantas.

Pada awal minggu ini, kerajaan Britain mengumumkan penemuan varian B117, yang mula dikesan di wilayah Kent pada 20 September lalu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here